Wednesday, 15 April 2015

pengalaman hamil luar rahim..

Image result for bismillah
Image result for assalamualaikum                                         

kepada semua pembaca..Alhamdulillah..hari ini baru aku diberi kekuatan untuk berkongsi pengalaman  semasa hamil luar rahim...seperti insan lain yg pernah mengalami pengalaman pahit seperti aku,memang terasa waktu seakan berhenti seketika apabila mendapat berita yg kita tak pernah terfikir pun akan terjadi pada diri kita..

28 feb 2015.
 Saat yang aku nantikan bersama suami...kebetulan pula aku dah lewat period 2 minggu...aku pulak mengalami simptom2 mcm org mengandung...aku demam x lalu makan nasi..nak makan pun mesti yang berkuah..encik hubby bukan main seronok lagi ...padahal belum tahu pun lagi aku ni betul ke mngandung..huhuhu.....

1 march 2015
aku buat keputusan untuk ke klinik sebab dah panas sangat badan ...aku minta tolong rakan tempat kerja hantarkan aku ke klinik..memang aku pening dan x bole nak drive....semua complete rasa sengal2 badan ,pening nak muntah semua ada...jumpa ja doc..terus doc suruh cek upt....berdebar2 aku tunggu keputusan...
dalam hati Allah ja yang tahu.......bila keputusan dapat...kecewanya kputusan negative...nasibla cik hubby memahami .... usaha lagi katanya...tanda2 semua tu palsu...tp doc cakap maybe awal lagi ...tapi dalam hati aku ni kuat mengatakan yg aku ni prgnant...kawan2 pun banyak nasihatkan aku untuk beli upt kat farmasi lebih tepat dan berkesan .... aku nekad dalam hati x nak cek lagi..biarlah dulu...

23 march 2015
aku ambil keputusan untuk membuat upt sendiri tanpa memberitahu en.hunbby..kononnya suprise la..heheh...
aku beli upt di farmasi berdekatan yg ada 2 kali test...kali pertama aku test macam samar2 ...untuk puaskan hati aku malamnya aku test lagi sekali.... Alhamdulillah...Allah saja yg tahu beta gembiranya aku time tu bila tgok upt tu positif...aku pun cepat2 bgtahu cik hubby..bersyukur sangat...

24 march 2015
untuk mesahihkan lagi upt tu betul atau tidak dan en.hubby pergi ke klinik berdekatan untuk membuat ujian upt...Alhamdulillah memang sah betul...kmudian pergi ke klinik desa dengan semangatnya untuk membuka buku merah...macam biasalah kan ibu2 mengandung buku merah ni sangatlah penting kan...
mengikut dari tarikh last period aku...usia kandungan aku dah 8 minggu @ 2 bulan dah..









inilah pic upt test aku....betapa happynya encik hubby terus post kt fb dia..terharu kan..

28 march 2015
jam 5 petang aku terasa sakit di bahagian bawah rahim aku...seperti memula mulas ja..mcm gsatrik pun ada....en.hubby belum blik kerja..aku dah x tahan terus pergi ke hospital diyemani adik dan kakak iparku ..
doc terus scan bahagian perut aku....katanya x nmpak lg baby aku....digodeknya lg perut aku sehingga ke bahagian bikini line dan akhirnya doc mnunjukkan aku jantung baby aku....seperti nak menitis air mata aku kat situ meliha jantungnya berdenyut....Alhamdulillah...doc mengatakan yg aku perlu minum air banyak sakit yg aku alami disebabkan air kencing aku kotor....ok aku pun x lah risau sangat dan balik...
Aku seolah2 xda mood dan masih lagi terasa sakit di bahagian tersebut...anak sulongku di jaga en.hubby terasa la lapang sikit...aku dah tak pedulikan anak dan en.hubby sehingga terlelap..
jam 2 pagi...Ya Allah....sakitnya x tahu aku nak gambarkan macammana ...teruk lagi sakit nak bersalin...hanya org yg pernah alami macam aku ja tahu macammana sakitnya tu...sampaikan aku x boleh nak bercakap...sakitnya mgcengkam sehingga ke tulang belakang dan terasa hingga ke bahagian bahu aku...
aku kuatkan diri untuk bertahan sehingga ke pagi...aku kesian tgok cik hubby pun letih layankan anak sulong aku ...bila cik hubby siap ja mandi nak pergi opis aku minta dia bawakan aku ke hospital...

29 march 2015
berdebar2 aku menantikan apa yang doc nak bgtahu apa sebenarnya terjadi pada diri aku...
aku faham la jugak bahasa doc sebab aku pemegang diploma kejururawatan....
dari apa yg doc cakap aku tahu tapi aku macam x percaya semua ni terjadi kat aku....
"yes confirm ectopic pregnancy" itulah yg aku dengar
dunia seakan gelap seketika ....doc dan nurse bergegas tolak aku ke sebua bilik dan tuggu pakar sampai...
3 org doc dan sorang pakar berdiri di sekeliling aku..en.hubby diminta masuk...
kesian tengok muka cik hubby yg terpinga2 x tahu apa2...doc pakar menjelaskan keadaan aku pada en.hubby....muka en.hubby terus berubah dan dia bertanya..so baby macammana doc?
Ya Allah sayu hati aku masa tu....
Aku terpaksa di bedah secepat yang mungkin kerana tiub aku dah pecah sebelah kanan...
aku di suruh menndatangani surat setuju untuk jalani pembedahan....tiub aku akan dibuang sebelah...
pada mulanya aku terima dengan redha semaunya...aku diam dan x bnyak cakap....
aku ditolak ke ot room....sekelip mata...aku buka mata aku telah pun berada di ward biasa...
Image result for laparotomy for ectopic


inilah contoh hamil luar rahim @ ectopic pregnancy

                                      Image result for laparoscopy for ectopic pregnancy
                                                       

ini pula salah satu cara untuk mengeluarkan tiub iaitu melalu laparoscopy...aku tak tahu lah yg mana lebih sakit dan susah untuk dijaga...sebab aku  doc cakap tak dapat di bedah melalui cara ini kerana aku punya tekanan darah sangat rendah...aku terpaksa dibedah melalui kaedah cesarean sama macam kaedah melahirkan anak..

                                                     
                                                      

                                                   Image result for cesarean for ectopic   

sakitnya Allah saja yg tahu dan sesiapa saja yg mengalaminya sahaja yg tahu kan....nak bergerak pun sakit....batuk sakit...nak bercakap pun sakit uollsss.....





ha lebih kurang mcm ni lah parut aku....hehehe bukan pic sebenar ye.....x bole la ltak pic sebenar kan..nanti nmpak pulok yg x sepatutnya.....stakat ini dululah coretan saya pada kali ini....nanti sya akan ceritakan pengalaman berpantang pulak ye....ops sebelom tu..saya nak kongsikan apa yg doc cakap


  1. moral support dari insan yg dekat dengan kita amatlah dan tersangat penting ya...
  2. jangan anggap kita dah xda rezeki @ senang cakap putus asa.
  3. kalau bole tu rehatlah dulu selepas 6 bulan baru start rancang untuk hamil lagi ya
  4. minta nasihat doctor kalau  nak ambil sebarang ubat perancang ye
  5. kalau ada tanda2 demam @ sakit tempat luka selepas pembedahan cepat2 jumpa doc ye...
okay lah setakat ni dulu ya....memang terasa kehilangan walaupun ini anak kedua aku tapi sangat terasa kehilangannya....Allah xkan uji @ duga kita jika kita x mampu....Allah ada bersama kita....Janji Allah itu pasti kita mesti usaha kalau nakkan sesuatu kan...kepada sesiapa yg senasib dengan aku jangan mudah untuk terus berputus asa ok! Allah dengar doa2 dari hambanya.... Insyaallah rezeki datang lagi jika berusaha ...Amin YaRobbal'alamin....



Saturday, 4 April 2015

kehamilan luar rahim

Assalamualaikum....
seperti kita semua sedia maklum "ectopic pregnancy" atau lebih difahami dengan kehamilan luar rahim disini saya ingin berkongsi serba sedikit tentang kehamilan luar rahim...ini kerana saya sendiri mengalaminya sendiri..

Apakah itu kehamilan di luar rahim?

Dalam bahasa Inggeris, istilah ini dipanggil ectopic pregnancy. Perkataan ectopic bermaksud "di tempat yang salah". Dan seperti namanya, kehamilan di luar rahim bermaksud kehamilan yang membesar di luar rahim ibu.

Dalam kebanyakan kes kehamilan di luar rahim (95 peratus), implantasi berlaku dalam tiub falopio, dan sebab itulah ia juga dikenali sebagai kehamilan tiub (tubal pregnancy). Apabila kehamilan ini berkembang, ia menyebabkan kesakitan dan pendarahan, dan jika dibiarkan, tiub falopio tersebut boleh pecah dan mengakibatkan pendarahan dalaman.

Ini merupakan kes kecemasan dan boleh mengancam nyawa. Kehamilan seperti ini tidak bertahan lama kerana ia tidak dapat dialihkan ke dalam rahim. Ia harus digugurkan sepenuhnya.

Bilakah kehamilan di luar rahim biasanya berlaku?

Kehamilan di luar rahim biasanya dikenalpasti di antara minggu keempat dan kesepuluh. Simptom-simptomnya biasanya berlaku kira-kira dua minggu selepas tidak datang haid.

Mengapakah kehamilan di luar rahim berlaku?

Telur yang telah disenyawakan biasanya mengambil masa lima hingga enam hari untuk bergerak melalui tiub falopio dari ovari ke rahim di mana ia akan diimplantasi dan mula berkembang. Sebab yang paling biasa kehamilan seperti ini berlaku ialah apabila tiub tersebut telah rosak, menyebabkannya tersumbat atau sempit, lantas menghalang telur tersebut daripada sampai ke destinasinya. Oleh itu, ia akan terimplan di dinding tiub, bukannya di dinding rahim.

Siapakah yang berisiko mengalami kehamilan di luar rahim?

Kehamilan di luar rahim boleh berlaku kepada mana-mana wanita, tetapi ada situasi-situasi tertentu yang meningkatkan risiko ini. Ini termasuk:
  • Jika anda pernah menghidap penyakit radang pelvik (pelvic inflammatory disease - PID) yang sering kali disebabkan oleh jangkitan kelamin klamidia (chlamydia) dan menyebabkan kerosakan dan luka pada tiub falopio. Terdapat tanda-tanda PID dalam separuh daripada kes kehamilan di luar rahim yang dibedah.
  • Jika anda mengalami endometriosis tiub. Anda lebih berisiko kerana ini meningkatkan risiko calar dan luka pada tiub falopio.
  • Jika anda pernah membuat pembedahan di bahagian perut, termasuk pembedahan membuang apendiks, caesarean atau pembedahan pada tiub falopio seperti pembalikan sterilisasi (sterilisation reversal).
  • Jika anda hamil melalui kaedah IVF. Anda seharusnya membuat imbasan awal untuk melihat di mana embrio telah diimplantasi.
  • Jika anda menggunakan IUD yang mengeluarkan hormon progesteron (IUS, juga dikenali sebagai lingkaran Mirena) atau jika anda mengambil pil mini pencegah kehamilan. Kedua-duanya dikaitkan dengan kadar kehamilan di luar rahim yang sedikit tinggi.
  • Jika anda merokok.
  • Jika anda pernah mengalami kehamilan di luar rahim. Risiko anda meningkat daripada 1 dalam 100 kepada 1 dalam 10.
Risiko hamil di luar rahim juga meningkat apabila umur semakin bertambah.

Apakah simptom-simptom kehamilan di luar rahim?

Agak sukar untuk mengenal pasti kehamilan di luar rahim kerana ia mungkin bermula dengan tanda-tanda yang sama dengan haid atau ancaman keguguran seperti senggugut dan keluar sedikit darah.

Walau bagaimanapun, ada beberapa simptom awal yang boleh membantu mengenal pasti kehamilan di luar rahim seperti:

Pendarahan faraj yang tidak normal
Darah ini biasanya berbeza daripada haid biasa, samada ia lebih banyak atau sedikit, dan mungkin warnanya lebih gelap daripada biasa dan cair (sesetengah orang menggambarkannya seperti "jus prun").

Sakit yang teruk dan berterusan di satu bahagian pada bawah perut
Ini adalah simptom yang biasa. Jika anda mengalaminya dan anda mengesyaki anda hamil, anda harus berjumpa doktor.

Jika kehamilan di luar rahim ini tidak dikenal pasti dari awal, dan tiub anda menegang akibat pembesaran embrio sehingga ia pecah, maka anda akan mengalami simptom-simptom berikut:
  • Sakit yang teruk dan berlaku tiba-tiba, dan beransur-ansur merebak ke seluruh bahagian perut.
  • Berpeluh, rasa seperti hendak pitam, cirit-birit atau terdapat darah dalam najis.
  • Tidak sedarkan diri akibat pendarahan dalaman yang teruk.
  • Sakit pada hujung bahu. Ini boleh berlaku jika pendarahan dalaman itu mengganggu organ dalaman lain seperti diafragma (rusuk).

Apakah yang perlu saya lakukan jika saya syak bahawa saya hamil di luar rahim?

Jika anda mengalami simptom-simptom yang disebutkan di atas, jumpalah doktor dengan segera atau pergi ke hospital. Jika tiub anda telah pecah, anda perlu terus dibedah, tetapi dalam kebanyakan kes, kehamilan di luar rahim dapat dikesan awal dan ujian-ujian dapat dilakukan dan pembedahan (jika perlu) dapat dirancang.

Anda mungkin akan menjalani pemeriksaan dalaman untuk mengesan lokasi kehamilan, serta ujian kehamilan yang sensitif. Ujian darah akan mengukur tahap hormon chorionic gonadotrophin (hCG). Ia akan memberitahu bukan sahaja samada anda hamil atau tidak, malah akan menunjukkan samada tahap hCG anda lebih rendah daripada yang normal, yang mana ia merupakan satu tanda kehamilan di luar rahim.

Doktor akan menjalankan pemeriksaan ultrabunyi melalui faraj, memandangkan kehamilan ini mungkin tidak dapat dikesan melalui imbasan pada perut. Kadang-kala, keputusannya tidak tepat dan anda mungkin perlu membuat imbasan lagi selang beberapa hari.

Jika doktor mengesyaki kehamilan di luar rahim tetapi belum dipastikan melalui pemeriksaan ultrabunyi, anda perlu menjalani pemeriksaan laparoskopi. Ia dilakukan dengan cara memasukkan sejenis alat pemerhati kecil ke dalam perut melalui satu potongan kecil untuk memeriksa tiub-tiub anda.

Bagaimanakah kehamilan di luar rahim dirawat?

Jika kehamilan di luar rahim ini dikesan, pakar bedah akan menggunakan kaedah laparoskopi (pembedahan lubang kunci) untuk memotong tiub falopio dan mengeluarkan kehamilan tersebut. Tiub tersebut tidak akan dipotong jika ia boleh dibaiki. Laparoskopi lebih baik daripada pembedahan terbuka kerana:
  • pembedahan ini lebih cepat;
  • kurang darah yang hilang semasa pembedahan ini;
  • anda tidak perlu tinggal lama di hospital;
  • kurang ubat penahan sakit diperlukan.

Jika tiub anda telah pecah, doktor biasanya akan mencadangkan pembedahan perut terbuka kerana ini merupakan cara yang paling cepat untuk mengurangkan kehilangan darah. Dalam sesetengah kes, pemindahan darah mungkin diperlukan untuk menggantikan darah yang hilang.

Samada tiub dan kehamilan itu dikeluarkan bersama-sama, atau kehamilan dikeluarkan dan tiub dibaiki bergantung kepada:
  • tahap kerosakan tiub tersebut;
  • tahap kesihatan tiub falopio yang satu lagi;
  • keinginan anda untuk hamil lagi.

Dalam sebilangan kes, biasanya dalam kes-kes di mana tiub tersebut dapat diselamatkan (kira-kira 4 peratus dengan kaedah pembedahan lubang kunci dan 8 peratus dengan kaedah pembedahan terbuka), kehamilan tersebut terus berlangsung dan memerlukan ubat metotreksat yang menggugurkan kehamilan, atau pembedahan susulan untuk mengeluarkannya.

Metotreksat kadang-kala boleh digunakan untuk merawat kehamilan di luar rahim dan pesakit tidak perlukan pembedahan. Rawatan ini lebih efektif pada awal kehamilan, apabila hormon kehamilan masih di tahap yang rendah, dan ia boleh digunakan jika tiada pendarahan berlaku dan tiub tersebut belum pecah. Kehamilan itu akan gugur dan diserap oleh si ibu, yang kemudiannya akan mengalami pendarahan selama beberapa minggu.

Dalam kes-kes tertentu di mana kehamilan di luar rahim telah dikesan dari awal lagi tetapi lokasi sebenar belum dipastikan, tiada rawatan akan dicadangkan. Ini dipanggil pengurusan ekspektasi atau "tunggu dan lihat". Ini kerana, banyak kehamilan di luar rahim yang gugur dengan sendirinya, terutamanya dalam kes di mana tiada pundi telur dikesan dan hormon kehamilan masih di tahap sangat rendah. Dalam kes-kes ini, pengurusan ekspektasi dapat mengelakkan pembedahan sehinggalah ia tidak dapat dielakkan lagi. Namun, ini berlaku dalam kira-kira satu perempat daripada kes-kes tersebut.

Adakah kehamilan di luar rahim akan menjejaskan kesuburan?

Ya, ia mungkin berlaku.
  • Jika tiub-tiub falopio anda tidak rosak selepas kehamilan di luar rahim, maka kebarangkalian untuk anda hamil lagi adalah sama.
  • Jika satu daripadanya telah pecah atau rosak teruk, kebarangkalian untuk hamil adalah kurang, terutamanya jika tiub yang satu lagi itu turut terjejas akibat PID atau endometriosis. Dalam kes ini, samada lebih sukar untuk hamil tetapi masih boleh, bergantung kepada kes anda sendiri.
Kira-kira 65 peratus wanita yang mengalaminya akan hamil lagi dalam masa 18 bulan selepas kehamilan di luar rahim, tetapi jika kedua-dua tiub falopio anda rosak atau pecah, anda mungkin perlu menimbangkan untuk melakukan rawatan IVF.

Apakah kebarangkalian untuk mengalami kehamilan di luar rahim lagi?

Terdapat kira-kira 10 hingga 15 peratus risiko untuk mengalaminya lagi. Walau bagaimanapun, risikonya sukar dianggarkan kerana perbezaan dalam situasi individu-individu itu sendiri dan tahap kerosakan yang telah berlaku.

Anda patut membuat temu janji susulan dan meminta nasihat yang jelas mengenai masa depan kehamilan anda daripada pakar obstetrik.

Tidak banyak yang boleh anda lakukan untuk mengelakkan kehamilan di luar rahim daripada berulang di masa hadapan. Namun, jika ianya berlaku akibat jangkitan klamidia, anda boleh mengambil antibiotik untuk merawatnya dan dengan itu mengurangkan kerosakan yang lebih teruk ke atas tiub anda.

Apabila anda telah hamil sekali lagi, jumpalah doktor anda secepat mungkin.

Berapa lamakah saya harus menunggu sebelum mencuba lagi?

Mereka yang telah menjalani laparoskopi biasanya perlu menunggu tiga hingga empat bulan sebelum mencuba untuk hamil lagi.

Jika anda telah menjalani pembedahan terbuka, lebih baik jika anda menunggu enam bulan untuk membolehkan luka anda sembuh sepenuhnya.